Thursday, November 26, 2009
JENIS COKLAT
Secara umum nya coklat dibahagi kepada dua jenis iaitu :
- compound
- couverture
Beza antara kedua2 coklat ini adalah lemak yang digunakan untuk membuatnya.Coklat couverture ( lebih dikenali sebagai coklat tulen) mengunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayuran e.g dari kelapa sawit (vegetable fat).
Dari segi standard hanya coklat yang mengandungi mentega koko saja boleh dianggap coklat. Mentega koko dari Malaysia adalah berkualiti tinggi dan menjadi pilihan untuk digunakan dalam industri coklat makan. Mentega koko yang dihasilkan dari koko yang ditanam dekat dengan khatulistiwa adalah lebih stabil pada suhu ~30°C berbanding dengan yang jauh dari khatulistiwa. Kualiti susu yang ditambah bergantung pada jenis coklat, kebiasaanny coklat couverture akan mengunakan susu penuh krim tetapi coklat compound akan mengunakan kombinasi susu dan whey untuk mengawal harga.
Coklat Compound Sejenis coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter. Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen.
kedua-dua jenis coklat ini boleh di dapati di bakeri dalam bentuk bar dijual sebagai dark, milk dan white coklat. Coklat Handmade berbeza-beza mengikut jenis coklat yg digunakan samada coklat real atau coklat compound. Coklat Real lagi mahal berbanding coklat compound kerana coklat real menggunakan 100% bahan daripada koko. Berbeza dengan coklat compound yang menggunakan lemak sayur sebagai pengganti.
Rasa coklat tulen adalah lebih sedap berbanding compound dan ianya juga lebih mudah cair jika di bandingkan dengan coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat tulen ialah coklat Ferrore Rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal.
Labels: Jenis Coklat
0 comments:
Post a Comment